Penubuhan Sekolah Al-Faizeen bermula pada tahun 2001 di bangunan kedai di Seksyen 6 Kota Damansara dengan bilangan murid seramai 80 orang serta 11 orang guru dan kakitangan. Alhamdulillah, kami telah mendapat pendaftaran sekolah Islam swasta dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kami bermula dari berskala kecil namun pendaftaran murid meningkat tahun demi tahun sehingga kami berpindah ke lokasi di bangunan surau di Seksyen 7 Kota Damansara pada tahun 2009. Pada 2019, operasi Sekolah Al-Faizeen telah berpindah ke bangunan yang lebih selesa dan kondusif iaitu di Seksyen 3 Kota Damansara. Seterusnya, terkini kami beroperasi di bangunan Emporis, Kota Damansara.
Selepas 16 tahun penubuhan iaitu pada tahun 2017, Sekolah Al-Faizeen membuka cawangan baru di Presint 18 Putrajaya dengan bilangan murid seramai 53 orang serta 8 orang guru dan kakitangan. Alhamdulillah kami telah mendapat pendaftaran sekolah Islam swasta dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Alhamdulillah, pada tahun 2024 Sekolah Al-Faizeen berjaya membuka cawangan yang ketiga di Kota Warisan, Sepang.
SEKOLAH RENDAH
Sekolah Rendah Islam Integrasi yang berteraskan kurikulum (KSSR) dan (JAIS) dan ditambah baik dengan kurikulum Sekolah Al Faizeen
Sekolah Menengah
SEKOLAH MENENGAH
Maahad Tahfiz yang berteraskan kurikulum (KSSM) dan ditambah baik dengan kurikulum Sekolah Al Faizeen
Visi kami untuk menjadi institusi pendidikan berprestasi tinggi dan unggul dengan menjana program kerohanian dan kecemerlangan berlandaskan Al-Quran & Sunnah.
HUBUNGI
Copyright © 2024 Pusat Pendidikan Al Faizeen Sdn Bhd | All Right Reserved
Assalamualaikum Tuan/Puan,ada apa yang boleh kami bantu?
Cawangan Al Faizeen
Cawangan Al Faizeen
Cawangan Al Faizeen
Cawangan Al Faizeen
Al Faizeen Kota Damansara
Al Faizeen Putrajaya
Al Faizeen Kota Warisan
Maahad Tahfiz Al Faizeen