Slide
Slide
previous arrow
next arrow

Sekolah Agama Swasta - Al Faizeen

Matlamat utama pendidikan menurut perspektif Islam ialah melahirkan insan yang berakhlak
mulia serta cemerlang di dunia dan akhirat.

Di Sekolah Al-Faizeen, kami berpegang teguh bahawa kecemerlangan seseorang tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik, malah lebih utama ialah keunggulan sahsiah dan akhlak.

Justeru itu, kami menekankan pendekatan pendidikan holistik yang berteraskan nilai-nilai Islam, melalui pelaksanaan Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP) iaitu kurikulum bersepadu yang membentuk pelajar menjadi insan rabbani, berilmu, dan berakhlak.
Sejarah Penubuhan

Sekolah Agama Swasta Al-Faizeen ditubuhkan pada tahun 2001 dengan operasi awalnya bertempat di bangunan kedai di Seksyen 6, Kota Damansara. Pada ketika itu, jumlah murid seramai 80 orang dengan sokongan 11 orang guru dan kakitangan. Alhamdulillah, sekolah telah mendapat pengiktirafan dan pendaftaran rasmi sebagai Sekolah Islam Swasta di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dengan pertambahan bilangan murid dari tahun ke tahun, kami berpindah ke lokasi baharu yang lebih luas di bangunan Surau Seksyen 7, Kota Damansara pada tahun 2009. Kemudian, pada tahun 2019, operasi sekolah telah dipindahkan ke premis yang lebih selesa dan kondusif di Seksyen 3, Kota Damansara. Kini, Sekolah Al-Faizeen beroperasi sepenuhnya di bangunan moden Emporis, Kota Damansara.

Setelah 16 tahun penubuhan, Sekolah Al-Faizeen telah membuka cawangan kedua di Presint 18, Putrajaya pada tahun 2017 dengan enrolmen awal seramai 53 orang murid serta 8 orang guru dan kakitangan. Cawangan ini juga telah berdaftar sebagai Sekolah Islam Swasta di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Alhamdulillah, pada tahun 2024, Sekolah Al-Faizeen terus berkembang dengan pembukaan cawangan ketiga di Kota Warisan, Sepang dengan menandakan satu lagi langkah penting dalam misi kami memperluas akses pendidikan Islam yang berkualiti dan bersepadu.

KENAPA MESTI PILIH SEKOLAH AGAMA SWASTA – Al FAIZEEN

Sekolah Al-Faizeen merupakan sebuah institusi pendidikan Islam swasta yang menawarkan pendekatan pendidikan bersepadu. Kami menggabungkan Kurikulum Kebangsaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kurikulum Diniyah di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), serta Kurikulum eksklusif kami sendiri — Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP) yang berteraskan nilai-nilai Islam dan pembangunan sahsiah menyeluruh.

Di Sekolah Al-Faizeen, hubungan erat antara guru dan murid menjadi asas kepada suasana pembelajaran yang harmoni, disokong pula oleh kerjasama aktif para ibu bapa yang sentiasa terlibat dalam pembangunan pendidikan anak-anak. Pengurusan sekolah yang cekap dan sistematik memastikan kelancaran operasi harian serta perkhidmatan yang konsisten.

Dengan nisbah pelajar kepada guru yang rendah, kami dapat memberikan tumpuan lebih menyeluruh dan bersifat individu kepada setiap pelajar. Selain itu, pelbagai program dan aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara aktif bagi membina keyakinan diri, kepimpinan dan kemahiran sosial pelajar.

Penguasaan Bahasa Inggeris turut diberikan penekanan melalui penggunaan bahasa tersebut dalam komunikasi harian, selaras dengan keperluan global semasa. Tambahan pula, struktur yuran yang berpatutan menjadikan pendidikan berkualiti tinggi ini lebih mudah diakses oleh masyarakat umum.

1.  Kurikulum  IQMP

Di Sekolah Al-Faizeen, kami menyediakan Kurikulum Tambahan iaitu Quran Mukmin Profesional (IQMP) — sebuah program pembelajaran Islam yang menyeluruh, berteraskan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini dibangunkan berdasarkan prinsip “Iman sebelum al-Quran, adab sebelum ilmu, ilmu sebelum amal”, yang menjadi asas dalam membentuk pelajar sebagai insan yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia. Melalui IQMP, pelajar dibimbing untuk memahami ajaran Islam secara mendalam dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan harian, menjadikan mereka bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah seimbang dari segi rohani, sahsiah dan intelektual.
Sekolah Agama Swasta
Sekolah Agama Swasta

Khalifah Muda 5A

Sekolah Agama Swasta
Sekolah Agama Swasta

Tilawah Al-Quran

Sekolah Agama Swasta
Sekolah Agama Swasta

Tahfiz Al-Quran

Sekolah Agama Swasta
Sekolah Agama Swasta

Amali Mukmin

Sekolah Agama Swasta
Sekolah Agama Swasta

Kemahiran Interaksi Sosial

2. English Communication

Sekolah Al-Faizeen komited dalam menerapkan budaya komunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam setiap aspek pembelajaran, sama ada di dalam kelas mahupun melalui aktiviti luar bilik darjah. Kami menekankan penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh seperti menulis, bertutur, mendengar dan memahami agar pelajar benar-benar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan berkeyakinan. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai medium komunikasi utama antara guru dan pelajar seawal usia 7 tahun, bagi membentuk kemahiran komunikasi yang berkesan serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran global dengan lebih yakin dan bersedia.

Copy of DSC_6446 (1)

3. Komunikasi 3 Hala 3K

Dengan mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan diantara guru,ibubapa dan sekolah ini dapat meningkatkan pemahaman bersama serta menyokong perkembangan pelajar dan anak-anak.

Whatsapp, Advance School Information Student (ASIS) & social media

Setahun 2 kali

Memo Whatsapp dan Advance School Information Student (ASIS) 

Sukan, program mesra aidilfitri, hari terbuka dan lain-lain

Parent dialukan sentiasa beri cadangan utk penambahbaikan

4. Dasar 3K

Dasar 3K mencerminkan prinsip utama untuk menciptakan lingkungan yang optimal bagi sesebuah pertumbuhan, perkembangan, dan kesejahteraan sekolah.

Sekolah Agama Swasta

Keselamatan

  • Keselamatan terjamin dengan kelulusan penuh daripada pihak Bomba & Jabatan Kesihatan
  • Dilengkapi dgn CCTV dan pengawal keselamatan (sebahagian cawangan)

Sekolah Agama Swasta

Keselesaan

  • Bilangan murid dalam kelas maksimum seramai 30 orang sahaja
  • Terdapat pendingin udara dalam setiap kelas

Sekolah Agama Swasta

Kondusif

  • Mempunyai ruang kelas yang selesa dan kemudahan fasiliti yang mencukupi seperti ruang membaca/pusat sumber, dewan dan sebagainya
  • Kawasan sekolah tertutup (murid hanya berada di dalam bangunan sahaja sepanjang hari)

Program Yang Ditawarkan
Sekolah Agama Swasta
Sekolah Rendah

SEKOLAH RENDAH

KSSR, JAIS/JAWI dan Kurikulum Quran Mukmin Profesinal (IQMP)

Sekolah Agama Swasta

Sekolah Menengah

SEKOLAH MENENGAH

KSSM dan Kurikulum Quran Mukmin Profesinal (IQMP)

Testimoni

Kredibiliti Sekolah Al Faizeen
Murid Hingga Kini
0 +
Guru Berpengalaman
0 +
Cawangan
0