Tentang Sekolah Agama Swasta Menjadi Sekolah Berprestij Tinggi & Unggul

Tentang Sekolah Agama Swasta

Usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik dan terpelihara dengan asas ilmu Islam yang kukuh ini seharusnya bermula dari peringkat rendah lagi. Atas faktor inilah pengasas sekolah merasa terpanggil untuk membantu dan menyumbang ke arah memartabatkan pendidikan Islam, membaca Al-Quran dari peringkat rendah dengan Kurikulum Tambahan Sekolah Al-Faizeen (IQMP). Dengan kurikulum tambahan ini dapat melengkapi asas ilmu setiap pelajar di Sekolah Al-Faizeen supaya lebih utuh.

Tuntutan dan keperluan semasa dari ibu bapa dan masyarakat yang mengharapkan agar pendidikan bersifat holistik dengan menjadikan Islam sebagai terasnya menguatkan lagi usaha penubuhan Sekolah Al-Faizeen.

 

Usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik dan terpelihara dengan asas ilmu Islam yang kukuh ini seharusnya bermula dari peringkat rendah lagi. Atas faktor inilah pengasas sekolah merasa terpanggil untuk membantu dan menyumbang ke arah memartabatkan pendidikan Islam, membaca Al-Quran dari peringkat rendah lagi dalam sistem pendidikan sedia ada.

Tuntutan dan keperluan semasa dari ibu bapa dan masyarakat yang mengharapkan agar pendidikan bersifat holistik dengan menjadikan Islam sebagai terasnya yang menguatkan lagi usaha penubuhan Sekolah Al-Faizeen.

Visi

Menjadi Sekolah Agama Swasta berprestasi tinggi dan unggul dengan menjana program kerohanian dan kecemerlangan dengan mencukupi segenap lapisan ilmu pengetahuan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Misi

Membentuk generasi muslim menjadi golongan profesional mukmin yang memartabatkan ilmu, beriman dan bertakwa dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif.

Motto Al Faizeen
“Menjana Generasi Mukmin Profesional”
Objektif Al Faizeen
Mengaplikasikan sistem pengajaran & pembelajaran bersepadu & seimbang di antara subjek akademik, agama dan hafazan Al-Quran.
Mengembangkan potensi diri pelajar dari segi rohani, jasmani & intelektual seiring dengan perkembangan pelajar.

Menerapkan konsep, tanggungjawab & kualiti Muslim untuk berperanan sebagai khalifah Allah SWT

Menjana pelajar yang dapat menghayati ajaran Islam sebenar dalam kehidupan seharian.
Membentuk pelajar berilmu pengetahuan, beriman, berakhlak dan bertaqwa.

Menjana generasi muslim profesional yang bertakwa demi menegakkan syiar Islam.

Pendaftaran Sekolah

Sekolah Agama Swasta Al-Faizeen berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah Al-Faizeen juga adalah ahli kepada badan pendidikan berdaftar seperti Gabungan Sekolah Islam Swasta Selangor (GASIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS).

Kelebihan Sekolah Agama
Swasta Al Faizeen

Mengembangkan potensi diri pelajar dari segi rohani, jasmani & intelektual seiring dengan perkembangan pelajar.

Kemudahan dewan solat, pusat sumber, koperasi dan kantin disediakan.

Tenaga pengajar yang berkelayakan & berpengalaman.

Kelas pembelajaran yang selesa & berhawa dingin.

Pelbagai aktiviti bulanan & tahunan.