Penghargaan Eksekutif

Pn. Hjh. Musriah Binti Kassan Ali
- Pengasas Al Faizeen
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik dan terpelihara dengan asas Islam yang kukuh ini seharusnya bermula dari peringkat rendah lagi. Atas faktor inilah saya merasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menyumbang serta menyediakan satu module pendidikan yang menitik-beratkan kepada ilmu Al-Quran dan pembentukkan sahsiah mulia anak-anak agar nanti mereka dapat berjaya bukan sahaja dalam akademiknya malahan dalam kehidupannya.
Kami percaya dengan kerjasama ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak berwajib dapat menguatkan lagi tuntutan dan keperluan semasa ini dalam usaha ke arah memartabatkan pendidikan Islam di peringkat rendah dan menengah.
Kami bermula pada tahun 2001 dalam keadaan kecil dan meneruskan operasi pendidikan hingga kini telah mencapai tahun ke 22 penubuhan. Kami amat bersyukur kerana mendapat kepercayaan dan sokongan kakitangan guru dan pengurusan yang terbaik demi memartabatkan syiar Islam dalam kehidupan anak-anak generasi Islam.
- KREDIBILITI AL FAIZEEN
Kenapa Al Faizeen Pilihan Anda?
Pelajar Terkini
0
+
Guru Berpengalaman
0
+
Cawangan
0