Kokurikulum Al Faizeen

Kokurikulum Sekolah Agama Swasta merujuk kepada aktiviti-aktiviti luar daripada program akademik di dalam institusi pendidikan. Aktiviti kokurikulum ini meliputi pelbagai bidang seperti sukan, kelab dan persatuan, khidmat masyarakat, dan lain-lain. Kokurikulum bertujuan untuk melengkapi pendidikan formal dengan pengalaman-pengalaman luar daripada kelas yang membantu perkembangan yang holistik kepada pelajar.

AlfaizeenMukhayam

Mukhayam adalah aktiviti luar yang bertujuan untuk melengkapi murid-murid dengan kemahiran dan pengalaman yang holistik. Program ini memfokuskan pembangunan fizikal, mental, dan rohani murid melalui pelbagai aktiviti. Berbeza dengan perkhemahan biasa, mukhayam menekankan nilai-nilai keagamaan dan rohani yang penting dalam konteks pembangunan moral dan keperibadian murid.

Alfaizeen-Kamil

Kamil ialah pertandingan yang diadakan untuk Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, KAFA Integrasi, Sekolah Rendah Islam Dan Prasekolah Negeri Selangor yang menghimpunkan guru pembimbing dan peserta yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk mewakili sekolah dalam acara yang dipilih.

Alfaizeen-Tadabur

Tadabbur Alam merujuk kepada aktiviti menghayati alam. Ia melibatkan refleksi mendalam terhadap kebesaran dan keindahan ciptaan Allah, serta mencari makna serta tujuan di sebaliknya. Aktiviti ini mengandungi dan membantu dalam memahami dan menghargai penciptaan Allah secara mendalam.

Alfaizeen-Sportfest

Sportfest merujuk kepada acara sukan yang diadakan untuk kesihatan jasmani dan rohani di kalangan murid, guru dan ibubapa. Ia biasanya melibatkan pelbagai acara sukan seperti perlumbaan, permainan, dan pertandingan yang diadakan dalam satu tempoh masa tertentu. Tujuan sportfest adalah untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kesukanan yang tinggi. Dengan menggalakkan gaya hidup aktif untuk memupuk semangat persaingan yang sihat di kalangan peserta.

KELAB

Persatuan Akademik