- Kurikulum IQMP
Quran Mukmin Profesional (IQMP)
Kurikulum
Kurikulum utama adalah kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi akademik, kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor/Wilayah (JAIS/JAWI) bagi diniyah. Begitu juga Kurikulum Al-Faizeen iaitu Dustur Sekolah Al-Faizeen iaitu Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP).
- SEKOLAH RENDAH
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Faizeen
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Faizeen adalah sebuah institusi pendidikan bersepadu menggabungkan kurikulum kebangsaan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kurikulum dini dari Jabatan Agama Islam Negeri dan kurikulum Al Faizeen iaitu Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP).
Kami percaya sedari anak yang masih kecil di peringkat rendah ini haruslah dididik diri mereka dengan ilmu Al Quran seperti tilawah dan hafazan al Quran serta pengajarannya. Sekolah Agama Swasta Al Faizeen memberi kefahaman kepada murid tentang kehidupan seorang muslim sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan konsep Khalifah Muda 5A. Begitu juga, penekanan diberikan terhadap aspek kemahiran interaktif sosial seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berpasukan, menyelesaikan masalah, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kepimpinan.
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Seni (Tahun 1 - 2)
- Sejarah
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Seni
- Tauhid
- Fekah
- Akhlak
- Sirah
- Bahasa Arab
- Jawi/Khat/Imlak
- Tajwid
- Khalifah Muda
- Tilawah Al Quran
- Tahfiz Al-Quran
- Amali Mukmin
- Kemahiran Interaksi Sosial
- SEKOLAH MENENGAH
Sekolah Menengah Al Faizeen
Sekolah Al-Faizeen ditubuhkan sejak 2001 dengan harapan untuk menjadi penjana & pemangkin kepada generasi Muslim yang berkualiti dari pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah seterusnya ke peringkat lebih tinggi.
Tingkatan 1 – Tingkatan 3
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Reka Bentuk Teknologi
Tingkatan 4 – Tingkatan 5
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Quran Sunnah
- Pendidikan Shariah Islam
- Perniagaan
- Ekonomi
Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP)
- Khalifah Muda
- Tilawah Al Quran
- Tahfiz Al-Quran
- Amali Mukmin
- Kemahiran Interaksi Sosial
(IQMP)
Kami menyediakan Kurikulum Tambahan iaitu Quran Mukmin Professional (IQMP) iaitu pembelajaran agama islam yang menyeluruh dan menfokus kepada penghayatan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian. Kami menerapkan konsep Iman sebelum Al-Quran,adab sebelum ilmu,ilmu sebelum amal.
Kurikulum ini bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang ajaran islam serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.

Khalifah Muda 5A

Tilawah Al-Quran

Tahfiz Al-Quran

Amali Mukmin

Kemahiran Interaksi Sosial
Kami di sini menfokus membantu membentuk kemenjadian anak-anak iaitu dengan menerapakan konsep 5A. Konsep ini bertujuan untuk menghasilkan generasi muda yang holistik dan berkualiti.
- A- Allah
- A- Al Quran
- A- Ar Rasul
- A- Akhlak
- A- Akhirat
Penerapan tilawah Al-Quran untuk pelajar sekolah merupakan aspek yang penting. Pertama,ia membantu membaiki kemahiran membaca dan memahami ayat al-quran serta membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap ajaran agama. Kedua, tilawah jga memperkukuh nilai-nilai moral seperti sabar,tanggungjawab,keteladanan yang dapat membentuk personaliti pelajar berakhlak mulia. Ketiga,dapat memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dan agama Islam secara keseluruhan yang dapat memberi motivasi untuk memperbaiki diri. Dengan Tilawah Al-Quran dapat membawa manfaat yang berkekalan dalam pembangunan holistik budak sekolah
Penerapan tahfiz Al-Quran merupakan proses mempelajari,menghafal,dan memahami keseluruhan Al-Quran. Ia melibatkan pengajaran secara intensif dan terperinci.Pelajar tahfiz berkomitmen untuk menghafal dan memahami setiap ayat Al-Quran dengan teliti.Melalui proses tahfiz,pelajar tidak hanya menguasai Al-Quran secara fizikal,tetapi juga menghayati dan mengamalkannya secara mendalam dalam kehidupan mereka.
Amali mukmin merujuk kepada tindakan atau amalan yang dapat dipratikkan balik selepas pembelajaran
Kemahiran interaksi sosial merujuk kepada kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan sesuai dengan orang lain dalam pelbagai situasi sosial. Kemahiran ini termasuklah komunikasi lisan dan bukan lisan, mendengar secara aktif, empati, keberanian, dan penyelesaian konflik. Kemahiran interaksi sosial yang berkesan membolehkan pelajar membina dan mengekalkan hubungan, mengendalikan dinamik sosial, bekerjasama dengan orang lain, serta menangani cabaran sosial dengan keyakinan dan kelicinan. Untuk membangunkan kemahiran ini, individu perlu berlatih, menyedari diri, dan bersedia untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan konteks sosial dan personaliti yang berbeza.
- KREDIBILITI AL FAIZEEN
Kenapa Al Faizeen Pilihan Anda?

