Review Ibu Bapa
Baca pengalaman keluarga Al Faizeen, dan kongsikan ulasan anda.
Ulasan Terkini
17 ulasan · purata 4.6 / 5
Ainun AJ
22 April 2026 · Kota Warisan
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk ibu bapa, atas kejayaan menganjurkan Majlis Jamuan Riuh Rendah Raya Al Faizeen 2026. Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri majlis seumpama ini, dan ia sangat mengujakan. Hidangan yang disediakan amat pelbagai dan mencukupi, manakala persembahan daripada murid SAF juga sangat menghiburkan. Pada pandangan saya, sekolah integrasi seperti SAF sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa masa kini kerana menawarkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Antaranya termasuk saiz kelas yang tidak terlalu padat serta waktu persekolahan yang lebih selari dengan waktu bekerja ibu bapa, sekali gus mengurangkan keperluan mencari tempat transit selepas sekolah seperti di sekolah kebangsaan di bawah KPM. Dari segi lokasi, sekolah ini berada di kawasan yang strategik iaitu di Kota Warisan. Namun begitu, adalah dicadangkan agar pihak sekolah dapat mempertimbangkan penambahbaikan dari segi ruang atau tempat yang lebih sesuai untuk aktiviti kokurikulum supaya murid dapat menjalankan aktiviti dengan lebih selesa. Selain itu, penambahbaikan fasiliti juga boleh dipertingkatkan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar secara keseluruhan. Semoga SAF terus maju dalam mendidik anak-anak dan sentiasa istiqamah dalam usaha murni ini.
Syed Shaufiq
19 April 2026 · Kota Warisan
Assalamualaikum wbt. 1. Alhamdulillah, dan terima kasih diatas semua kebaikan dan usaha yg dilakukan oleh semua pihak. Saya memahami ianya bukan mudah. 2. Saya amat menghargai semua yg terlibat (termasuk ibu dan ayah yg menyediakan makanan, dan sama sama memeriahkan majlis). Semoga segala kabaikan diberi ganjaran yg setimpal di dunia dan di akhirat. 3. Ruang utk penambahbaikan, A) Lebih banyak kerusi atau meja utk keluarga duduk, berehat atau makan. Kami hanya mengambil aiskrim utk anak anak dan mengambil keputusan utk tidak menjamu selera kerana tiada meja/kerusi yg boleh kami duduk. B) Mungkin kita boleh menyediakan kerusi kerusi plastik tambahan di tepi kawasan majlis, ianya boleh menjadi alternatif kepada tetamu utk duduk dan makan selain drpd bahagian khemah utama ( cthnya kalau terlampau ramai, ibu ibu dgn anak perempuan boleh makan dibawah khemah dan ayah ayah dgn anak anak lelaki makan di kerusi tepi. ) Terima kasih.
MOHD FAIZUL BIN SUDIN
19 April 2026 · Kota Warisan
Sistem bayaran yuran & proses pembelajaran adalah baik
SITI Ensah Mokhtar
18 April 2026 · Kota Warisan
Alhmdlh majlis diuruskn dgn baik
Faridah Binti Abdul Hamid
18 April 2026 · Kota Warisan
Tahun 1 beraya dengan keluarga BESAR SAF.. Alhamdulillah mknan byk,sedap...cuma meja kerusi sempit sedikit ..& mungkin tahun mendatang pentas persembahan boleh dibuat bumbung@tidak panas anak-anak ..tkasih
Nurusafiah
18 April 2026 · Kota Warisan
Program yang tidak membosankan kerana santai²..
AN
18 April 2026 · Kota Warisan
Untuk jamuan hari raya - Ibu bapa diminta untuk bawak makanan seperti konsep potluck, tapi bila bawak makanan tersebut, rupanya pihak sekolah sudah ada katering. Maaf cakap, rasa mcm sia2 usaha pihak ibu bapa bawak makanan, tapi makanan kami diketepikan kerana terlalu byk makanan. Mohon pihak pengurusan cakna dan lebih teliti dalam menguruskan hal begini di masa akan datang ya. Terima kasih.
Asmira Binti Hashim
18 April 2026 · Kota Warisan
Alhamdulillah. Terima kasih atas jemputan program hari raya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ruang makan yang selesa, pilihan makanan yang banyak dan makanan yang sedap. Terima kasih pihak guru dan pengurusan Sekolah Al Faizeen yang banyak membantu anak saya dari segi pengurusan dan pembelajaran. Sejak bersekolah di sekolah Alfaizeen, saya nampak perkembangan yang baik bagi anak saya, sudah berjaya menghafal surah pendek dan menghafal bacaan almathurat.
FN
18 April 2026 · Kota Warisan
- Susunan kurikulum yg mudah untuk anak neurodivergent saya bawa - Banyak pilihan kelab & persatuan menarik untuk kokurikulum - Dalam 2 bulan anak saya dah menghafal beberapa surah pendek sedangkan di sekolah lama belum pernah pun habis iqra - Rutin harian yg bagus; bacaan mathurat, dhuha, tilawah, solat jemaah - Guru² rajin update progress anak - Penyediaan menu berkhasiat dan guru² sangat cakna dengan allergic anak saya - Cadangan : (1) harap cawangan KW dapat cari tempat lain yg lebih luas dan selesa, (2) harap brand sekolah ni dapat daftar under KPM juga
Hasznany Hezwarrizan
18 April 2026 · Kota Warisan
Terima kasih atas jemputan. Pengalaman Riuh Rendah Raya Al Faizeen yang pertama! Makanan dan minuman semua sedap.Lokasi cantik tepi tasik serta senang cari dan tempat letak kenderaan banyak. Khemah tempat duduk selesa.
Puan fiza
18 April 2026 · Kota Warisan
"Puas hati dengan silibus dan cara didikan di Alfaizeen. Highly recommended for Islamic education."
Nadiah
18 April 2026 · Kota Warisan
Anak saya Umairah seronok bersekolah di sini. Ustaz/Ustazah yang muda dan energetic serta suka encourage pelajar untuk participate dalam pelbagai aktiviti yang mampu boost tahap keyakinan mereka. Admin juga banyak membantu dan memudahkan urusan ibu bapa.
fairuz
18 April 2026 · Kota Warisan
sangat berpuas hati. cume saye berharap alfaizeen dapat berpindah ke lokasi yang lebih baik (mempunyai bangunan sendiri & padang).
Nur Hazirah Muhd Shah
18 April 2026 · Putrajaya
Sekolah AlFaizeen memang terbaik dan memberi kepuasan kepada kami ibubapa. 👍👍👍
Musab Umairi
18 April 2026 · Kota Damansara, SRII KD
Banyak pilihan makanan, cuma tiada ketupat lemang dan rendang
Wan Mudzaffar
18 April 2026 · Kota Damansara, SRII KD
Meriah dan ceria
Najmi
13 April 2026 · Kota Damansara, SRII KD
Alhamdulillah, anak saya bersekolah di sini dan kini sudah boleh menghafal juzuk amma. Guru-gurunya sangat baik dan berdedikasi.
Tulis Ulasan Anda
Kongsikan pengalaman anda bersama Al Faizeen untuk membantu keluarga lain.
Masa Depan Cemerlang Anak Anda Bermula Di Sini
Sertai lebih 1,000 keluarga yang mempercayai Al Faizeen dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Diiktiraf oleh
Pertanyaan Pantas
Tinggalkan maklumat anda, kami akan menghubungi anda segera.
6,000+
Pelajar
100+
Guru
4
Cawangan